LANGKAH 1: Pilih bahasa untuk Menu Language dan Info Language. Tekan "OK".

LANGKAH 2: Pilih resolusi yang disokong TV anda dan tekan "OK".

LANGKAH 3: Tekan "OK" untuk ke skrin seterusnya.

LANGKAH 4: Pilih jenis LNB dan tekan "OK".

LANGKAH 5: Pilih seleksi di bawah sebagai Entry Point dan tekan "OK" untuk mengesahkan pilihan anda.

LANGKAH 6: Hasil bacaan isyarat untuk skrin Tuner 1 akan dipaparkan. Tekan "OK" untuk ke skrin seterusnya.

LANGKAH 7: Anda telah siap menyediakan tetapan pemasangan baru apabila skrin saluran telah muncul.