Anda masih boleh menonton saluran prabayar sehingga ia tamat tempoh, walaupun Pek HD anda telah tamat. Namun, anda tidak akan dapat membeli saluran atau pek prabayar yang lain selagi Pek HD belum diaktifkan semula.

 

Pelanggan A telah membeli Pek HD dan Astro Ria pada tarikh tertentu dan Pek HD akan tamat 4 hari sebelum Astro Ria. Pelanggan A akan terus dapat menonton Astro Ria sehingga 5 Julai walaupun Pek HD tamat sebelum itu.