LANGKAH 1: Cuba tukar saluran menggunakan alat kawalan. Periksa lampu LED. Jika LED berkelip 3 kali / tiada kelipan LED, ganti bateri dalam alat kawalan dan terus ke Langkah 2. Sebaliknya, jika lampu LED berkelip sekali, alat kawalan anda berfungsi secara biasa dan anda boleh terus ke Langkah 3.

LANGKAH 2: Periksa jika anda boleh menukar saluran menggunakan alat kawalan. Anda seharusnya tidak lagi mengalami masalah ini jika ia melibatkan isu bateri dalam alat kawalan. Jika isu ini berterusan selepas penggantian bateri dalam alat kawalan, cuba menukar saluran melalui panel pada bahagian depan kotak (jika ada). Jika kaedah ini berjaya menukar saluran, alat kawalan anda perlu diganti. Ia mungkin disebabkan alat kawalan yang rosak. Anda boleh melawat Pusat Perkhidmatan Pelanggan terdekat. Jika ia bukan masalah alat kawalan, terus ke Langkah 3.

 

LANGKAH 3: Anda perlu muat semula tetapan kotak melalui butang pada panel kotak secara manual. Rujuk kepada panduan untuk Muat Semula Tetapan Kotak. Jika isu ini berterusan, kotak anda perlu diganti.

 

Kotak berusia bawah 1 tahun (Dalam tempoh waranti): Sila hubungi kami melalui WhatsApp atau Feedback Form dan nyatakan nombor kad pintar anda untuk bantuan lanjut. Harap maklum bahawa waranti kotak terbatal jika panahan kilat/ribut petir/kegagalan kuasa berlaku sebelum ini.

 

Kotak berusia 1 tahun dan ke atas (Melebihi tempoh waranti): Daftar untuk pembelian kotak baharu di sini atau beli kotak baharu di peniaga terdekat.