LANGKAH 1: Padamkan kuasa kotak anda dan pastikan lampu adapter turut terpadam.

LANGKAH 2: Keluarkan kad pintar dengan perlahan dari bahagian depan atau kanan kotak anda. Pastikan lampu kuasa sudah terpadam.

LANGKAH 3: Lap cip emas pada kad pintar menggunakan kain yang kering dan lembut.

LANGKAH 4: Masukkan semula kad pintar anda dengan sepenuhnya. Pastikan cip emas menghadap ke atas.

LANGKAH 5: Hidupkan kuasa kotak anda dan pastikan lampu adapter menyala.

LANGKAH 6: Hidupkan kotak. Anda seharusnya tidak lagi mengalami isu ini.

Jika isu ini berterusan, sila hubungi kami melalui WhatsApp atau Feedback Form dan nyatakan nombor kad pintar untuk bantuan lanjut.