LANGKAH 1: Periksa lampu adapter. Jika lampu adapter menyala, sila rujuk kepada langkah penyelesaian masalah teknikal untuk Kotak Skrin Kosong. Jika lampu adapter terpadam, tutup kuasa kotak anda.

LANGKAH 2: Pastikan sambungan kabel kuasa adalah ketat. Pasangkan kabel kuasa ke soket kuasa lain dan hidupkan suis soket. Anda seharusnya tidak lagi mengalami isu ini. Jika isu ini berterusan, sila ke Langkah 3.

LANGKAH 3: Cuba soket kuasa lain untuk disambungkan ke peralatan anda. Hidupkan suis dan periksa lampu adapter pada kotak. Jika lampu adapter tidak menyala, ia mungkin berkaitan dengan isu kotak.

Kotak berusia bawah 1 tahun (Dalam tempoh waranti): Sila hubungi kami melalui WhatsApp atau Feedback Form dan sertakan gambar kad pintar anda untuk bantuan lanjut. Harap maklum bahawa waranti kotak terbatal jika panahan kilat/ribut petir/kegagalan kuasa berlaku sebelum ini.

 

Kotak berusia 1 tahun dan ke atas (Melebihi tempoh waranti): Daftar untuk pembelian kotak baharu di sini atau beli kotak baharu di peniaga terdekat.