LANGKAH 1: Periksa lampu adapter. Jika lampu adapter menyala, tutup kuasa kotak dan pastikan lampu adapter terpadam. Jika lampu adapter terpadam, tutup kuasa kotak dan terus ke Langkah 5.

LANGKAH 2A: Keluarkan kabel HDMI dari kotak anda dan masukkan semula dengan sepenuhnya.

LANGKAH 2B: Jika anda menyambung menggunakan kabel RCA, sila keluarkan kabel RCA dari kotak anda dan masukkan semula dengan sepenuhnya.

LANGKAH 3: Hidupkan kuasa kotak anda dan pastikan lampu adapter menyala. Tunggu 5 minit.

LANGKAH 4: Cabut kabel HDMI dari TV dan masukkan semula dengan sepenuhnya ke dalam port HDMI lain.

LANGKAH 5: Hidupkan kotak anda. Pastikan anda memilih input TV yang betul. Anda seharusnya tidak lagi mengalami masalah ini. Jika isu ini berterusan, sila ke Langkah 6.

LANGKAH 6: Cuba soket kuasa lain untuk disambungkan ke peralatan anda. Hidupkan suis dan pastikan lampu adapter pada kotak menyala. Jika isu ini berterusan, ia perlu diperiksa oleh juruteknik untuk menyiasat jika isu ini disebabkan masalah berkaitan isyarat.

Pemasangan dalam masa 6 bulan (dalam tempoh waranti): Sila hubungi kami melalui WhatsApp atau Feedback Form dan nyatakan nombor kad pintar untuk bantuan lanjut.

 

Pemasangan selepas 6 bulan (melebihi tempoh waranti): Terdapat caj RM65 untuk lawatan teknikal. Jika anda bersetuju dengan caj ini, sila hubungi kami melalui WhatsApp atau Feedback Form dan nyatakan nombor kad pintar unutk bantuan lanjut.

Jika penyebab isu ini tidak berkaitan dengan masalah isyarat setelah dipastikan juruteknik, kotak anda perlu diganti.

 

Kotak berusia bawah 1 tahun (Dalam tempoh waranti): Sila hubungi kami melalui WhatsApp atau Feedback Form dan nyatakan nombor kad pintar anda untuk bantuan lanjut. Harap maklum bahawa waranti kotak terbatal jika panahan kilat/ribut petir/kegagalan kuasa berlaku sebelum ini.

 

Kotak berusia 1 tahun dan ke atas (Melebihi tempoh waranti): Daftar untuk pembelian kotak baharu di sini atau beli kotak baharu di peniaga terdekat.