Anda boleh menambah nilai dari RM1 hingga RM250 untuk membuat pembelian atau secara terus menerusi perbankan atas talian atau menggunakan kad kredit/debit.

Pembelian dengan Aliran Baki Kredit (Saluran, Pek dan Filem)

·      Pengguna boleh memilih saluran/pek/filem yang ingin dibeli dan menekan "Beli"

·       Pengguna boleh melihat dan memilih durasi saluran/pek/filem dan terus membeli menggunakan baki kredit.

·       Selepas membeli, pengguna akan menerima status pemberitahuan yang muncul memaklumkan pembelian berjaya dan pengguna akan dibawa semula ke tab My NJOI. Pengguna akan melihat pembelian mereka.

·      Jika pengguna tidak mempunyai baki yang cukup, sistem akan muncul dengan mesej memaklumkan kepada pengguna untuk membuat tambah nilai seterusnya membuat pembelian sebaik tambah nilai berjaya.